Contoh Kertas Kerja

Contoh Kertas Kerja

Format Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

Rancangan Perniagaan (RP) adalah satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan Perniagaan juga merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Mengapa Perlunya Rancangan Perniagaan?


Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sedia ada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

3. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.

4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.

5. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas..

6. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

7. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.


Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan


1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan
Nama perniagaan/projek
Tujuan rancangan perniagaan
Nama syarikat, alamat dan lain-lain
Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan
2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam Rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan
3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)



Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan


1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-
Nama Syarikat
Jenis perniagaan yang diceburi
Nama dan lokasi/alamat perniagaan
Status dan saiz projek
Produk
Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
Anggaran kos projek


2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
Merancang perlaksanaan projek.
Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
Lain-lain.


3. Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

Alamat - Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
Bentuk perniagaan - Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.
Tarikh dan Nombor Pendaftaran. - Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.
Modal Permulaan - Merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.
Bank - Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.


4. Latar belakang Ahli Kongsi
Nama penuh
No. kad pengenalan
Tarikh lahir
Umur
Alamat Tetap
No telefon
Taraf perkahwinan
Kelulusan akedemik
Kursus yang pernah dihadiri
Kemahiran
Pengalaman
Pekerjaan sekarang
Perniagaan yang pernah diceburi.


5. Kedudukan Projek
Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.


6. Objektif  Projek
Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.


7. Rancangan Pentadbiran Perniagaan
Pentadbiran
Carta Organisasi
Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
Spesifikasi Tugas
Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
Senarai Keperluan Pejabat
Perbelanjaan Pentadbiran
Perbelanjaan aset
Perbelanjaan bulanan
Lain-lain perbelanjaan


8. Rancangan Operasi Perniagaan
Carta aliran Proses - Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.
Unit pengeluaran / jam operasi - Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
Keperluan bahan - Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
Tenaga Kerja - Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.
Mesin dan peralatan - Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
Susun atur Ruang Operasi - Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
Lokasi - Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.
Overhead operasi - Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.
Perbelanjaan Operasi - Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.


9. Rancangan Pemasaran Perniagaan
Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan - Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan
Sasaran Pasaran - Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
Saiz Pasaran - Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
Pesaing-pesaing utama - Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
Kekuatan dan kelemahan pesaing - Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Syer pasaran - Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
Ramalan Jualan - Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
Strategi Pemasaran
           i. Strategi Barangan - Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej. Corak pembungkusan dan                                                  jenama berkaitan.

           ii. Strategi Promosi - Bentuk Promosi yang dicadangkan

           iii. Strategi harga - Harga seunit yang dicadangkan.

            iv. Strategi edaran - Corak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan                                                          pemasaran.


10. Rancangan Kewangan Perniagaan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
2. Penyata-penyata kewangan
3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
5. Prestasi Penyata Pendapatan
6. Prestasi Kunci kira-kira
7. Analisis Daya Maju Kewangan


11. Penutup

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan. Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.


12. Lampiran 

Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti;

Surat sebutharga
Sijil kursus
Surat sokongan pihak tertentu
Surat dapat tender
Sijil pendaftaran syarikat
Salinan permit/lesen
Surat-surat kepujian
Bukti modal sendiri
Salinan surat Cagaran
Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)
Back To Top